Sunday 11 September 2011

Antara alasan-alasan wanita yang enggan bertudung

Antara alasan-alasan yang sering dikaitkan oleh wanita masa kini yang enggan menutup aurat ketika dinasihati oleh rakan-rakan berlandaskan ajaran Islam ialah :-

1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?
-Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka.

2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.
-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. “Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia”. Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, ” pakai tudung tak mestinya baik..bla…bla…bla…”

3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat.
-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.

4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.
-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?

5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.
-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?

6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.
-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.

7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa.
-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?

8. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.

9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.
-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.

10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)
-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?

11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.

12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..
-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.

13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.
-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.

“Wahai wanita, setiap ciptaan tuhan yang berharga di dunia ini akan terlindung dan amat sukar untuk diperolehi. Di mana kamu boleh dapatkan permata? Tertanam jauh di perut bumi, tertudung dan dilindungi. Dimana kamu jumpa Mutiara? Terbenam jauh di dalam lautan, tertudung dan dilindungi oleh kulit kerang yang cantik. Di mana kamu cari emas? Terperosok di lapisan bumi tertudung dengan lapisan demi lapisan tanah dan batu. Tubuh kamu adalah suci malah lebih berharga daripada emas mahupun permata. Oleh itu kamu juga perlu bertudung dan melindungi diri kamu.”

Renung-renungkan lah kaum wanita,ini bukan sindiran tapi ini sebagai pedoman hidup didunia & akhirat..fikirlah panjang2

Sunday 14 August 2011

10 antara jenis makanan feveret orang2 kita masa Aidilfitri :



  • nasi himpit

  • sambal sotong dan petai [mantul]
  • Lodeh mak den

  • ketupat goreng [sodaaap]

  • ayam masak kurma

  • serunding [makan dengan ketupat]

  • kuih raya yang berasaskan coklat

  • kuih suji [xbpe nk kenal]

  • kerepek pisang [kuih sampingan dalam balang kat ruang tamu..hehe~]

  • kerepek ubi pedas [boleh kata setiap umah ada bendalah ni..podaasss]

Trip to Perhentian Island 2011, Jejak Rimba (JR)

Suka-suki ke Pulau Perhentian pada 15/5/2011-18/5/2011. Syok abis sampai semua ahli Jejak Rimba jadi masin dengan reaksi muka yang happy giler..check this out :-













Monday 13 June 2011

Bila bosan,hero tengok cara kucing tidur tahap kelakar bila da mengantuk sangat..hehe~. Layan aje,comel sangat2 :










































Thursday 28 April 2011

bila kuntilanak sje2 jln2 kluar bersiar-siar...mistik

hERo sbnrnye ske ngn mistik ni lgi2 bila da masuk paper,dsyat..smpat plak eak diorg 2tu snap gmbar ni.Gambar ni ada kt kosmo arini..cubo tengok ket bwh ni,moromang bulu hidung den..huhu~

Imej Kuntilanak dekat jambatan runtuh


HANTU kuntilanak (dalam bulatan) dirakamkan oleh Pego Guntoro dekat sebuah jambatan di Tanjong Anom, Indonesia pada Isnin lalu.


TANJUNG ANOM - Seorang lelaki, Pego Guntoro berjaya merakamkan gambar hantu kuntilanak di celah sebatang pokok di sebuah jambatan yang runtuh di sini, lapor sebuah akhbar semalam.
Gambar itu dirakamkan oleh Guntoro menerusi telefon bimbit berkamera pada petang Isnin lalu.
Dalam imej tersebut, hantu kuntilanak itu memakai baju labuh berwarna putih, rambut panjang mengurai manakala tangannya tidak kelihatan.
"Jika diperhatikan, ia seperti kuntilanak," kata seorang rakan Guntoro yang hanya mahu dikenali sebagai Ratno.
Menurutnya, semasa gambar itu dirakamkan, Guntoro kelihatan ketakutan dan menghantar imej tersebut kepadanya.
Penduduk di sekitar lokasi jambatan itu mengaku kuntilanak pernah dilihat di kawasan tersebut.
Seorang penduduk yang hanya dikenali sebagai Agus menyatakan bahawa dia pernah melihat kuntilanak dengan wajahnya yang cukup cantik semasa melintas di atas jambatan itu.
Kuntilanak merupakan hantu yang dipercayai berasal dari ibu hamil yang mati..
Jgn biarkan hidup anda diselubungi mistik....cayo tak.hehe~

Wednesday 27 April 2011

salam dari hero kg...

assalamualaikum,,buat kli prtma aQ cbe2 wt blog,hehe
segan nk gtau tp xpe,skurg-kurg nye aQ blajo...
ckup wt stkt ni...aQ nk perah idea dlu,pe nk jana kt dlm ni nnti